Friday, March 12, 2010

Tugasan 2

Apa itu Teknologi Maklumat ?

Teknologi Maklumat dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Penggunaan komputer dan perisian adalah untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu. Kompenan Teknologi Maklumat boleh dibahagikan kepada tiga iaitu: Teknologi, Organisasi dan pengguna. Teknologi merujuk kepada Perkakasan, Perisian dan Sistem Telekomunikasi yang digunakan di dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Perkakasan komputer seperti unit pemproses pusat (CPU), ingatan (RAM), cakera keras (HDD), papan kekunci (keyboard), tetikus (mouse) dan sebagainya amat penting dalam proses kemasukan, pemprosesan dan penyimpanan maklumat.

Perisian komputer seperti sistem operasi (OS) yang popular termasuk Linux, UNIX, Mac OS dan Windows dan aplikasi produktiviti pejabat seperti OpenOffice atau Microsoft Office serta perisian Internet seperti pelayar web (Mozilla, Netscape Navigator, Safari dan Internet Explorer) memainkan peranan besar dalam teknologi maklumat. Ini kerana ia merupakan perisian yang paling banyak digunakan oleh pengguna komputer setiap hari. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pengkelasannya sila rujuk tajuk Perisian. Dari segi komersial dan pembangunan sistem, perisian komputer boleh dibahagian kepada dua iaitu: Perisian Bebas / Sumber Terbuka - Secara amnya, boleh didapati secara PERCUMA atau dibeli berserta kod sumber seperti Linux, FreeBSD, dan OpenOffice.

Perisian Komersial / Sumber Tertutup - Secara amnya, lesen menggunakan perisian perlu dibeli manakala kod sumber tidak diberikan seperti Microsoft Windows dan Miscrosoft Office. Namun begitu , untuk mengimbang kebangkitan penggunaan perisian sumber terbuka, syarikat Microsoft telah melancarkan kempen yang dipanggil kongsi sumber (share source). Dengan konsep ini, pengguna komersial dan pihak kerajaan boleh 'melihat' kod sumber perisian Miscrosoft. Namun begitu, pengguna tidak dibenarkan untuk mengguna, menyunting atau mengubah kod sumber tersebut. Pengguna juga perlu menandatangani satu perjanjian untuk membolehkan mereka melihat kod sumber tersebut.

Sistem Telekomunikasi merupakan komponen yang amat penting selepas perkakasan dan perisian. Ia merupakan rangkaian dan jambatan yang menyambungkan semua sistem komputer dan sistem telekomunikasi di seluruh dunia seperti Internet, satelit, dan sistem telefon. Ia merupakan kombinasi beberapa teknologi seperti: Protokol / Senibina Telekomunikasi - TCP/IP, OSI dan SNA, dsb Teknologi Telekomunikasi/ Rangkaian - ATM, X.25, Frame Relay, 3G, SMS, MMS, Bluetooth, dsb Teknologi Media Penghantaran - Wayar tembaga, Gentian Optik, Gelombang Mikro, Radio dan Satelit Organisasi: Merupakan tempat dimana teknologi maklumat digunakan, ia mempengaruhi pengurusan dan pemprosesan maklumat tersebut. Ia mungkin boleh dilihat dari sudut pentadbiran organisasi yang membahagikan organisasi kepada tiga bahagian iaitu peringkat operasi, taktikal dan strategik dimana setiap peringkat memerlukan sistem yang berbeza.

Pengguna:
Merupakan pengguna teknologi maklumat yang boleh dipecahkan kepada pengguna yang mengguna dan pengguna yang mentadbir maklumat tersebut. Pengguna teknologi maklumat: Pengguna sistem yang tidak mentadbir sistem tersebut seperti kerani, jururuwang, pengurus, dsb Pentadbir teknologi maklumat: Juruteknik komputer, pengurus teknologi maklumat, juru analisa sistem , pengaturcara program , dsb Sejarah teknologi maklumat Istilah "teknologi maklumat" muncul pada sekitar dekad 1970-an. Bagaimanapun, konsepnya yang asas boleh dikesani jauh lebih lama lagi. Pada sepanjang abad ke-20, pihak tentera telah berikat dengan berbagai-bagai industri untuk membangunkan elektronik, komputer, dan teori maklumat. Secara sejarah, pihak tentera telah mendorong penyelidikan-penyelidikan tersebut dengan memotivasi dan membiayai inovasi dalam bidang penjenteraan dan pengkomputan.

Komputer komersil yang pertama ialah UNIVAC I yang direka bentuk oleh J. Presper Eckert dan John Mauchly untuk Biro Banci Amerika Syarikat. Akhir dekad 1970-an memperlihatkan kebangkitan mikrokomputer, diikuti dengan rapat oleh komputer peribadi IBM pada tahun 1981. Sejak dari masa itu, empat generasi komputer telah berkembang, dengan setiap generasi melambangkan satu langkah yang dicirikan oleh perkakasan yang semakin kecil dan berupaya. Generasi pertama menggunakan tiub vakum, dengan generasi-generasi kedua dan ketiga masing-masing menggunakan transistor dan litar bersepadu. Generasi keempat, iaitu generasi terkini, menggunakan sistem-sistem yang lebih rumit seperti penyepaduan skala sangat besar (VLSI).

INPUT AND OUTPUT COMPUTER


Fungsi, perkakasan dan perisian komputer
PENGENALAN KEPADA
KOMPUTER

Apa itu Komputer

Komputer merupakan alat atau mesin automatik yang boleh diaturcarakan untuk
menerima data dan mengolah data, seperti melakukan pengiraan matematik logik atau pemprosesan lain dan kemudian mengeluarkandata terproses secara bersistem
Kompuh menerima arahan dari manusia dan kemudian memprosesnya serta menyimpan semua maklumat ini untuk kegunaan kemudian dan mengeluarkan satu
keputusan untuk semakan pengguna. Komputer berfungsi sebagai alat untuk memproses data menjadi maklumat.

Faedah Penggunaan Komputer

1) Faedah menggunakan komputer
2) Menyimpan maklumat yang banyak
3) Memperolehi semula maklumat dengan segera
4) Melakukan perhitungan rumit dengan tepat
5) Mempunyai banyak jenis aplikasi

Walaupun komputer adalah alat yang sangat berguna, keberkesanan penggunaannya bergantung kepada apa yang dapat dilakukan oleh komputer serta tahap penggunaan individu.


Istilah ICT

  • Data Input kepada komputer di dalam bentuk-bentuk seperti nombor, huruf huruf, perkataan dan sebagainya
  • Maklumat Data yang telah diproses dan dianalisa yang digunakan untuk membuat sesuatu keputusan
  • Input Data yang dimasukkan ke dalam sesuatu sistem untuk diproses
  • Output Sesuatu maklumat yang dihasilkan daripada prosesan di dalam sesuatu system
  • Proses Aktiviti yang dilakukan ke atas data untuk menghasilkan maklumat
  • Fail Himpunan sesuatu data dan maklumat


Perkakasan Komputer

Perkakasan komputer adalah merupakan komponen fizikal sistem computer

  • Komponen-komponen utama sistem komputer :
  • Unit Pemprosesan Pusat (CPU
  • Unit-unit Input
  • Unit-unit output
  • Komponen Storan
  • Komponen Ingatan

Unit Pemprosesan Pusat (CPU)

  • Dikenali sebagai pusat atau otak sistem komputer
  • Merupakan bahagian komputer yang paling rumit dan berkuasa
  • Antara tugas utama :
  • Menginput maklumat-maklumat ( Data dan Program ) ke dalam sistem Komputer
  • Menyimpan arahan-arahan dan data-data yang digunakan untuk Pemprosesan
  • Melaksanakan arahan-arahan pemprosesan data
  • Memindahkan hasil-hasil pemprosesan kepada bentuk yang difahami dan boleh digunakan oleh manusia ataupun komputer-komputer lain Koponen dalam CPU
  • UNIT KAWALAN
  • \UNIT ARITHMETIK / LOGIK

Komponen CPU

  • UNIT KAWALAN (Control Unit)
  • Mengawal dan mengkordinasikan operasi-operasi seluruh sistem komputer.
  • Mentafsirkan semua langkah-langkah program.
  • Mengeluarkan arahan-arahan kepada unit-unit lain.
  • Mengawal aliran-aliran data semasa pemprosesan.
  • UNIT ARITHMETIK/LOGIK (Arithmetic Logic Unit)
  • Melaksanakan pengiraan arithmetik (campur, tolak, bahagi dan darab).

Unit-unit Input

• Peranti Input merujuk kepada perkakasan yang digunakan oleh pengguna untuk memberi arahan dan memasukkan program dan data kepada komputer

Berikut adalah jenis-jenis peranti input komputer
  • Papan Kekunci (Keyboard)
  • Tetikus (Mouse)
  • MikrofonPengimbas (Scanner)
  • Kamera Digital
  • Joystick
  • Pengimbas kod bar (barcode scanner)
  • Mesin CT X-Ray
  • Pembaca kad pintar (smartcard reader)
  • Pengimbas cap jari




Disediakan oleh:
Cannydia Jinus ( YA2008-1115 )
Rolin Binti Sadon ( YA2008-1163 )
Zunainah Arib ( YA2008-1171 )

No comments:

Post a Comment