Wednesday, March 17, 2010

Tugasan 4

1) Perbezaan yahoo dan google

Yahoo dan google merupakan enjin carian yang menjadi medium utama oleh masyarakat siber di seluruh dunia. Dengan perkhidmatan yang percuma dan pantas ia menambah minat para pengguna internet kerana ianya dapat memudahkan para pengguna. Para pengguna hanya menaip kata pembayang untuk mendapatkan maklumat yang ingin dicari dan menekan butang " cari " yang terdapat di laman web Yahoo dan Google seterusnya akan keluar ratusan maklumat.

Bukan sahaja Yahoo dan Google menyediakan perkhidmatan secara percuma, malah Yahoo dan Google turut menyediakan pelbagai perkhidmatan percuma seperti email, berita, dan hiburan di samping beberapa perkhidmatan berbayar seperti pengiklanan. Jika kita lihat perkhidmatan Yahoo dan Google menunjukkan tawaran perkhidmatan yang hampir sama. Namun, terdapat juga perbezaan bagi setiap enjin carian ini.

Pada 1 April 2004, Google telah menambah perkhidmatan mereka iaitu Gmail. Google dan Yahoo merupakan syarikat yang saling bersaing antara satu sama lain. Selepas Google melakukan penambahan perkhidmatan, Yahoo pun turut meningkatkan perkhidmatan mereka iaitu para pengguna Yahoo Mail boleh menyimpan emel tanpa had.

Manakala Google pula, perkhidmatan emel yang ditawarkan juga tidak kurang hebatnya. Antaramuka (interface) Gmail berbeza daripada sistem emel web lain di mana Gmail tertumpu kepada carian dan 'paparan perbualan' emel dengan mengumpulkan beberapa emel balas dalam satu halaman. Reka bentuk antara muka yang dicipta oleh pereka berpengalaman Gmail iaitu Kevin Fox. Perkhidmatan ini dapat memudahkan pengguna membuka emel-emel berkaitan tanpa perlu beralih ke halaman lain.


2) Mengapa kami pilih laman web ini sebagai medium utama kami?
Kami lebih memilih kepada laman web google. Ini adalah kerana google lebih memudahkan penghantaran sesuatu maklumat dengan cepat dan berkesan. Laman web ini juga menawarkan pelbagai perkhidmatan yang dapat mempermudahkan pengunjungnya. Tidak seperti enjin carian yang lain, google menyediakan pencarian bahan ilmiah yang diikitiraf. Pencarian boleh dilakukan di scholar.google.com.

Selamat Mencuba...!

3) Selain Yahoo dan Google, apakah enjin-enjin carian lain dan apa kelebihannya berbanding Yahoo dan Google?

Terdapat banyak lamam web yang menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada pengunjung mereka. Akan tetapi, ada sesetengah laman web ini jarang dikunjungi ataupun kurang mendapat perhatian dan sambutan.

Antara laman web yang ada selain Yahoo dan Google :

1) MSN.COM
2) HOTMAIL.COM
3) BING.COM
4) SHARED.COM
5) ASK.COM
6) AOL MAIL

4)
Carian berkesan dengan menggunakan carian seperti google.

Pencarian maklumat dalam sesuatu enjin carian adalah lebih mudah jika kita tahu bagaimana memudahkan pencarian maklumat yang ingin kita ketahui. Akan tettapi ia terbatas kerana terdapat banyak maklumat yang sama dalam laman web. Jika ingin mencari maklumat yang lebih spesifik, terdapat tiga cara untuk memudahkan pencarian maklumat kita. Antaranya adalah :

i) Pencarian Menggunakan Bahasa Inggeris
Memang tidak dinafikan bahawa Bahasa Inggeris merupakan bahasa antarabangsa dan bahasa paling utama di seluruh dunia. Terdapat banyak maklumat yang tersedia dalam Bahasa Inggeris.

ii) Pencarian Spesifik
Pencarian spesifik adalah pencarian yang menggunakan simbol ( "...." ) bagi sesuatu kata kunci atas maklumat yang anda ingin cari di enjin carian.

iii) Pencarian menerusi scholar.google
Tidak semua enjin carian menyediakan pengklasifian maklumat. Tetapi dalam enjin carian Google, laman ini menyediakan scholar.google.com untuk memudahkan pencarian ilmiah anda.

SELAMAT MENCUBA...!!!!

No comments:

Post a Comment